Welcome

Monday, November 21, 2011

soalan bab 1 tingkatan 1




BAB 1 TINGKATAN 1 : SEJARAH DAN KITA



Ms: 9-12

1         Antara berikut manakah sumber sejarah yang diperolehi melalui kaedah arkeologi ?

I              Fosil

II             Artifak

III           Manuskrip

IV           Batu bersurat

A             I, II dan III

B             I, II dan IV

C             I, III dan IV

D             II, III dan IV



Negeri
Tapak ekskavasi
Perak
Sabah
Bukit Jawa
Tingkayu

 







Ms: 21

2         Maklumat di atas merujuk kepada lokasi Zaman Prasejarah.

 Zaman tersebut ialah zaman

A             Logam                                       

B             Neolitik

C             Mesolitik

D             Paleolitik



Arkib Negara

Ms: 11

     3         Lokasi di atas merupakan tempat menyimpan sumber sejarah.

                Sumber sejarah yang mungkin disimpan di tempat tersebut ialah

                  I              manuskrip lama

                 II              batu bersurat

                III            fail rasmi jabatan

                IV            surat khabar sezaman

                A             I dan II

                B             II dan III

                C             III dan IV

                D             I dan IV

Ms: 11

               

  • Fosil
  • Artifak
  • Batu bersurat

               







4         Senarai di atas merujuk kepada sumber pertama

Kesimpulan yang dapat dibuat sumber pertama merupakan

I              sumber yang sahih

II             sumber yang bersifat asli

III           sumber  yang telah diolah

IV           sumber yang belum ditafsir

A             I, II dan III

B             I, II dan IV

C             I, III dan IV

D             II, III dan IV





Sejarah merupakan penceritaan tentang tindakan manusia dan sebab-sebab mereka melakukannya

   Ms: 4

5         Pernyataan di atas adalah tentang pengertian sejarah. Perngertian di atas diberikan oleh

A             Herodotus

B             Ibnu Khaldun

C             Mohd Yusuf Hashim

D             Mohd Yusuf Ibrahim



  • Fosil
  • Artifak
  • Surat peribadi
  • Fail rasmi jabatan

     Ms: 9

6         Maklumat di atas merujuk kepada sumber primer. Sumber primer merupakan

       I               sumber yang tepat

      II               sumber yang belum di olah

      III             sumber yang belum ditafsir

      IV             sumber yang ditulis oleh sejarahwan

A             I, II dan III

B             I, II dan IV

C             I, III dan IV

D             II, III dan IV



`Sejarahwan membawa kita mengenali jati diri dan asal usul bangsa kita ‘

       





   Ms: 4

7         Petikan di atas merupakan taksiran maksud sejarah.

Siapakah yang memberikan maksud di atas ?

A             Herodotus

B             Kamus Dewan

C             Dr.Zainal Abidin Wahid

D             Prof Dato’ Dr. Muhamad Yusuff Hashim

    

Candi Batu Pahat      -       Pelabuhan Sungai Merbok, Kuala Muda Kedah               

     Ms: 5

8         Mengapakah penemuan candi di atas sangat penting kepada ahli sejarah ?

                A             Memahami ciri pentadbiran kerajaan awal

B             Mengkaji sumber kekayaan sesebuah kerajaan

C             Menggambarkan sumber kekuatan sesuatu pemerintahan

D             Membuktikan terhadap kegiatan perdagangan antarabangsa di pelabuhan awal

    Ms : 5

9         Antara pernyataan berikut, manakah yang memberi maksud paling tepat tentang sejarah ?

A             Sejarah memberi tumpuan kepada kehidupan dan tamadun masyarakat masa  

                                lampau

                B             Sejarah dikaitkan dengan peritiwa silam yang bermakna dan dapat memberikan

                                iktibar kepada manusia

                C             Sejarah adalah cerita silam yang ditulis mengikut urutan peristiwa

                D             Sesuatu fakta sejarah mestilah terdapat pelbagai tafsiran

    

Ms : 9

10     Sumber skunder yang dikenali sebagai sumber  kedua. Sumber kedua merupakan

A             cerita yang dituturkan secara lisan oleh orang tua

B             bahasa bersejarah yang disimpan di muzium dan arkib

C             hasil penemuan oleh masyarakat purba

D             hasil penulisan oleh pegkaji sejarah

  

  • Artifak
  • Fosil
  • Manuskrip


Ms : 9    

11     Senarai di atas merupakan contoh sumber pertama. Mengapakah istilah-istilah di atas

dikelaskan dalam sumber pertama?

A             Bahan yang dijumpai pada masa lampau

B             Bahan tersebut dijumpai melalui kaedah arkeologi

C             Bahan tersebut tidak dapat dikesan tarikh dihasilkan

D             Bahan asal yang belum diolah oleh sejarawan atau penulis lain



Melalui sumber sejarah ini, faktanya sukar dipercayai kerana adanya unsur tokok tambah seperti mitos dan lagenda.

Ms : 10

12     Sumber yang dimaksudkan ialah

A             sumber arkeologi

B             sumber lisan

C             sumber kedua

D             sumber sekunder



Dalam penulisan sejarah , seseorang sejarawan seringkali mempunyai pendapat yang berbeza tentang bagaimana sesuatu peristiwa itu berlaku.

                Ms : 13

13     Pandangan di atas berkaitan denagn apa yang disifatkan sebagai

A             kecondongan dalam sejarah

                B             kontroversi fakta sejarah

                C             penganalisaan fakta sejarah

                D             Terdapat unsur-unsur mitos dan lagenda



Kaedah ini dilakukan oleh ahli arkeologi untuk mengkaji masyarakat purba yang tidak menggunakan tulisan dan jika adapun banyak yang telah hilang atau musnah

Ms : 12

14     Kaedah yang dinyatakan di atas merujuk kepada

A             kaedah penyelidikan di muzium

B             kaedah cari gali

C             kaedah penyelidikan  di arkib

D             kaedah temubual



Mohd. Ariff Haikal ingin mendapatkan dokumen-dokumen yang berkaitna dengam ucapan-ucapan Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Husseim Onn untuk membuat  tugasan yang diberikan oleh gurunya.

                                                                                                                                                                             Ms : 4-22

15     Di manakah beliau boleh mendapatkan bahan-bahan tersebut ?

A             Arkib Negara

B             Muzium Negara

C             Perpustakaan Negara

D             Pejabat Persatuan Sejarah Malaysia

  • Awang Batil
  • Awang Belanga
  • Tok Selampit

                Ms : 10

16     Ketiga-tiga watak yang disenaraikan di atas memberi sumbangan dalam bidang sejarah   melalui  sumber

A             arkeologi

B             bertulis  

C             lisan

D             skunder



  • Munsyi Abdullah
  • Marco Polo
  • Ibnu Batuta

Ms : 11

17     Catatan yang dibuat oleh ketiga-tiga tokoh pelayaran di atas dikelaskan sebagai

A             sumber skunder

B             sumber bertulis

C             sumber lisan

D             sumber kedua

Ms : 10

18     Peristiwa-peristiwa bersejarah yang diketahui melalui penceritaan penglipurlara dikenali

sebagai

A             cerita berbingkai

B             sastera bertulis

C             sastera lisan

D             sasatera sejarah



  • Kebangkitan Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu
  • Kebangkitan Antanum di Sabah
  • Kebangkitan Asun dan Banting di Sarawak

       





Ms : 13

19     Mengapakah sejarawan Barat menafsirkan  tokoh-tokoh di atas sebagai penjenayah?

A             Kerana penduduk tempatan tidak menyokong perjuangan tokoh-tokoh di atas

B             Tokoh-tokoh di atas adalah pemimpin  agama dan mahir dalam ilmu persilatan

C             Cuba melindungi penndasan British ke atas penduduk tempatan

D             Tokoh-tokoh di atas menggunakan senjata yang merbahaya menentang pihak  inggeris

Ms : 13

20     Beberapa ahli sejarah tempatan telah menemui lesung batu di Sungai Emas, Kedah di tapak arkeologi itu. Apakah kepentingan artifak tersebut ?

A             Memberi gambaran cara hidup dan peradaban masyarkat masa silam

B             Kejayaan masyarakat purba dapat dikaji

C             Peralatan zaman lampau dapat dikaji

D             Struktur pentabiran sesebuah Negara dapat dikaji

Ms : 4-8

21     Sesuatu peristiwa dianggap sebagai sejarah sekiranya

I              tepat dan benar

II             peristiwa itu bermakna

III           mempunyai tarikh yang tepat

IV           mempunyai sebab dan akibat

A             I, II dan III

B             I, II dan IV

C             I, III dan IV

D             II, III dan IV

           Ms : 14-15

22     Mempelajari aspek-aspek sejarah adalah penting kepada kita kerana

I              dapat menghargai dan menyanjung sumbangan pemimpin dan orang yang berjasa kepada negara

II             menjadi pendorong kepada kita untuk mencapai kemajuan dan kejayaan pada masa hadapan

III           membantu kita membentuk keperibadian masyarakat dan negara

IV           dapat menentukan sesuatu peristiwa bersejarah dengan mengambil kira pandangan sejarawan terkenal sahaja

A             I, II dan III

B             I, II dan IV

C             I, III dan IV

D             II, III dan IV

                  Ms : 6

23     Ahli sejarah menggunakan pelbagai ukuran masa untuk menentukan fakta sejarah.Manakah antara berikut merupakan ukuran yang dimaksudkan ?

I              Dekad

II             Kurun

III           Relung

IV           Zaman

A             I, II dan III

B             I, II dan IV

C             I, III dan IV

D             II, III dan IV

    

Sejarah membicarakan tentang masyarakat manusia atau peradaban manusia, tentang perubahan yang berlaku pada sifat masyarakat itu.

Ms : 4

24     Pengertian sejarah di atas dikemukakan oleh seorang cendekiawan . Tokoh yang dimaksudkan ialah

A             Herodotus

B             Ibnu Khaldun

C             Tun Sri Lanang

D             Muhd. Yusof Ibrahim





Rekod-rekod masa lampau yang dikaji oleh sejarawan.

 

Hasil kajian dikeluarkan dalam bentuk tulisan, gambar foto, atau filem.









Ms : 13

25     Apakah  yang boleh dikaitkan dengan maksud sejarah berdasarkan rajah di atas?

A             Hanya sesuatu yang direkdkan dianggap sejarah

B             Sejarah hendaklah ditulis, difilemkan, atau dijadikan gambar foto

C             Sejarah merujuk kepada penyelidikan  tentang perkara yang telah berlaku

D             Sejarah bermaksud rekod masa lampau yang dikaji untuk dijadikan buku, filem, atau gambar foto

Ms : 4

26     Apakah maksud sejarah yang diberikan oleh Herodotus?

A             Catatan tentang sikap manusia masa lampau

B             Peristiwa yang benar-benar berlaku pada masa dahulu

C             Penceritaan tentang tindakan manusia dan sebab mereka melakukannya

D             Kisah perubahan yang berlaku pada sifat-sifat masyarakat zaman dahulu

Ms : 3

27     Antara perkataan berikut, yang manakah yang merupakan bahasa Arab yang merujuk kepada istilah sejarah ?

A             Tarikh

B             Syajarah

C             Tawarikh

D             Syajaratun



  • Tun Sri Lanang
  • Abdul Hadi Hassan

Ms : 4

28     Apakah sumbangan sejarawan di atas kepada tanah air kita ?

A             Memperkenalkan sejarah di sekolah

B             Menghasilakan penulisan sejarah negara kita

C             Mengumpul sumber-sumber sejarah negara kita

D             Merekodkan peristiwa sejarah pada masa lampau

Ms : 4-8

29     Antara berikut yang manakah terdapat dalam sesuatu yang dianggap bersejarah ?

I              Apa yang berlaku

II             Bila peristiwa itu berlaku

III           Siapa yang bersalah dalam peristiwa itu

IV           Mengapa peristiwa itu berlaku

                A             I, II dan III

                B             I, II dan IV

                C             I, III dan IV

                D             II, III dan IV

      

Cikgu Zamri : Lim, mengapakah pembukaan dewan sekolah kita yang dirasmikan oleh Dato’ Kadir pada bulan lalu dianggap peristiwa bersejarah sekolah kita ?
Lim : Peristiwa tersebut penting dan bermakna kerana sekolah kita mendapat kemudahan untuk digunakn oleh guru dan pelajar.

Ms : 4-8

30     Apakah ciri-ciri sejarah lain yang boleh didapati daripada peristiwa pembukaan dewan ?

A             Melibatkan tokoh atau orang kenamaan

B             Tidak mempunyai unsur dongeng atau rekaan

C             Peristiwa yang memberi kesan kepada masyarakat

D             Mempunyai fakta yang tepat dan benar

Ms : 5

31     Apakah yang anda faham tentang fakta sejarah ?

A             Catatan yang mempunyai nama tokoh dan tempat

B             Peristiwa yang dapat dibuktikan kebenarannya

C             Tarikh sesuatu peristiwa bersejarah dikelaskan

D             Dokumen yang disimpan di muzium dan perpustakaan



  • Pelancaran kereta Proton Waja
  • Pelancaran motosikal Jaguh

Ms : 1-7

32     Mengapakah peristiwa di atas dianggap peristiwa bersejarah kepada negara ?

A             Membuka era baru dalam idustri pemotoran negara

B             Menunjukkan negara sedang merdeka dan tidak dijajah lagi

C             Membolehkan negara diiktiraf sebagai negara industri

                D             Membuktikan negara mempunyai kemampuan mengatasi negara maju

    Ms : 5

33     Ciri utama untuk menentukan kebenaran sesuatu fakta berdasarkan pelbagai sumber adalah dengan mengetahui

I              tarikh

II             sebab

III           akibat

IV           pihak yang terlibat

A             I dan II

B             II dan III

C             III dan IV

D             I dan IV

Ms : 12

34     Sumber sejarah yang boleh diperoleh melalui kaedah arkeologi ialah

I              fosil

II             artifak

III           manuskrip

IV           batu bersurat

A             I dan II

B             II dan III

C             III dan IV

D             I dan IV

Ms : 10

35     Sumber lisan tidak dianggap sebgai fakta sejarah .Apakah kelemahan sumber tersebut ?

A             Sumber ini diperolehi melalui kaedah lisan

B             Sumbri ini tidak mempunyai tarikh dan nama tokoh

C             Terdapat unsur tokok tambah seperti dongeng dan mitos

D             Fakta ini tidak dinilai oleh sejarwan dan tidak dan dibukukan

Ms : 11

36     Antara bahan berikut, yang manakah boleh didapati di Arkib Negara ?

A             Beliung

B             Manuskrip lama

C             Batu bersurat

D             Serpihan tembikar



Sumber


Serpihan tembikar, kulit kerang, beliung, dan tulang mawas





             Ms : 9-10

37     Senarai barang di atas sangat penting dalam pengajian  sejarah tempatan . Senarai di atas boleh dikategorikan sebagai 

I              sumber primer

II             sumber sekunder

                III           sumber bersejarah

                IV           sumber arkeologi

                A             I, dan II

                B             II, dan III

                C             III dan IV

                D             I dan IV















Aminah ingin menulis sejarah berkaitan sumbangan penghulu yang pertama dikampung neneknya di Muar Johor

             Ms : 9-10

38     Apakah bahan rujukan yang boleh membantu Aminah ?

I              Minit masyuarat di pejabat penghulu di Muar

II             Surat rasmi dan diari penghulu berkenaan

III           Buku sejarah tentang perkembangan politik di Muar

IV           Temubual dengan ahli keluarga dan saudara mara penghulu

A             I, II dan III

B             I, II dan IV

C             I, III dan IV

D             II, III dan IV

    Ms : 9-10



39     Antara berikut yang manakah merujuk kepada sumber sekunder ?

A             Fosil yang ditemui di Gua Cha

B             Baru bersurat di Kuala Berang

C             Ensiklopedia yang disimpan di perpustakaan

D             Peta asal negeri Johor di Arkib Ngara

Ms : 12

40     Mengapakah kaedah arkeologi sangat penting untuk mengkaji kehidupan masyarakat zaman prasejarah ?

A             Kaedah arkeologi sangat mudah diperoleh dan murah harganya

B             Kaedak arkeologi diperoleh melalui proses cari gali

C             Bahan-bahan arkeologi tahan lama dan tidak mudah rosak

D             Masyarakat  prasejarah tidak merekod apa-apa tentang kehidupan mereka



Kaedah pengkajian sejarah





  • Lakaran pada dinding gua
  • Batu bersurat
  • Catatan pada kulit kayu

         Ms : 10-12  

41     Apakah kaedah pengkajian sejarah yang digunakan untuk mendapatkan maklumat daripada bahan di atas ?

A             Kaedah lisan

B             Kaedah lakaran

C             Kaedah bertulis

D             Kaedah catatan

Ms : 10

42     Apakah tugas yang perlu dilakukan oleh sejarawan yang menggunakan kaedah lisan untuk mendapatkan maklumat yang boleh dijadikan fakta sejarah ?

I              Menilai

II             Memilih

III           Mentafsir

IV           Membandingkan fakta

A             I, II dan III

B             I, II dan IV

C             I, III dan IV

D             II, III dan IV









Kaedah pengkajian sejarah

 

Kaedah X

 

Kaedah arkeologi

Kaeadah bertulis









                              Ms : 10

43       Kaedah X merupakan satu cara mendapatkan sumber sejarah. Apakah kelemahan kaedah X ?

I             Mudah didapati

II           Senang ditokok tambah

III          Mempunyai unsur mitos dan lagenda

IV          Tidak dikaji oleh sejarawan sebelumnya

A            I dan II

B            II dan III

C            III dan IV

D            I dan IV

  •  Fosil
  • Artifak

Ms : 13

44       Bagaimanakah sejarawan dapat memastikan bahan di atas sebagai sumber sejarah?

A             Merujuk sejarawan lain

B             Menghubungi Arkib Negara

C             Mengkaji dari buku teks sejarah

D             Membuat kajian secara saintifik



Setelah memperolehi maklumat daripada sesuatu sumber, ahli sejarah akan membuat tafsiran, pertimbangan, dan pemilihan sebelum maklumat diterima sebagai fakta sejarah.

   Ms : 13

45       Berdasarkan pernyataan di atas, apakah tujuan ahli sejarah berbuat demikian ?

         A            Mendapatkan pandangan kolektif tentang fakta sejarah

 B            Membuktikan kebenaran fakta sejarah

 C            Membuangkan unsur yang ditokok tambah

 D            Meninggalkan unsur mitos dan dongeng



  • Rentap
  • Tok Janggut
  • Dato’ Maharajalela

Ms : 13-14

46       Sejarawan tempatan telah menganggap tokoh-tokoh di atas sebagai pejuang tanah air walaupun mereka dianggap sebagai pemberontak oleh sejarawan Barat. Mengapakah keadaan ini berlaku ?



A             Mereka sangat berani dan tabah mengahadapi cabaran

B             Mereka merupakan penduduk tempatan yang mahir berperang

C             Mereka telah berjaya bekerjasama dengan kuasa Barat

D             Mereka telah berjuang membebaskan tanah air daripada penjajah Barat













Ms : 9-10

47       Apakah punca yang menyebabkan berlakunya perbezaan pendapat antara sejarawan Barat dengan sejarawab tempatan?



A             Perbezaan tafsiran sejarah

B             Perbezaan latar belakang pendidikan

C             Perbezaan sumber sejarah yang digunakan

D             Sejarawan Barat dan sejarawan tempatan tidak bekerjasama

Ms : 9-10



48       Sejarawan membuat pelbagai tafsiran tentang sesuatu periwtiwa seajarah kerana merka

A             kekurangan maklumat

B             menggunakan sumber primer

              C               membuat penyelidikan dalam masa yang terhad

              D               tiada kerjasama antara sejarawan untuk bertukar-tukar maklumat

Ms : 9-10



49       Apakah tafsiran sejarawan tempatan berkaitan peristiwa pembunuhan J.W.W Birch oleh Dato’ Maharajalela ?

A            Dato’ Maharajalela seoarang pemberontak

B            Dato’ Maharajalela seorang pejuang tanah air

C            J.W.W Birch merupakan seorang pemberontak

D            J.W.W Birch seorang tokoh pembaharuan

Ms : 9-10



50       Sekiranya anda tidak mendapat maklumat tepat tentang sesuatu peristiwa yang dikaji, ini akan menyebabkan

A             berlaku tafsiran yang berbeza

B             terpaksa menggunakan kaedah lisan

C             wujud unsur-unsur tokok tambah

D             tidak mendapat pengajaran berdasarka peristiwa sejarah

Ms : 13

51       Apakah tugas sejarawan bagi memastikan sesuatu peristiwa sejarah membawa        

kesan dan berguna kepada masyarakat ?

I              Melakukan penyelidikan

II             Mencari maklumat sebanyak mungkin

III           Menggunakan pelbagai kaedah sejarah

IV           Membuat tafsiran sejarah dengan betul dan tepat

A             I dan II

B             II dan III

C             III dan IV

D             I dan IV

Ms : 13

52       Bagaimanakah sejarawan boleh membuat tafsiran sejarah dengan betul dan

tepat ?

A             Sejarawan hendaklah mendapatkan ijazah dalam bidang sejarah

B             Sejarawan hendaklah menggunakan pelbagai sumber dan kaedah pengkajian sejarah

C             Sejarawan hendaklah membuat penyelidikan dengan membuat penyelidikan dengan jujur dan bertanggungjawab

D             Sejarawan hendaklah bekerjasama dengan sejrawan lain untuk  bertukar-tukar pandangan dan maklumat

     

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad telah melancarkan kereta nasional yang pertama pada tahun 1985.



Ms : 4-8

53       Mengapakah peristiwa tersebut dianggap bersejarah kepada negara kita ?

A             Menunjukkan bahawa negara sudah merdeka

B             Memberi pengajaran agar kita lebih rajin dan berusaha

C             Membebaskan negara daripda sikap bergantung kepada negar barat

D             Melambangkan kejayaan dan menjadi kebanggaan kepada negara

           Ms : 14-15

54       Apakah tujuan utama kita mempelajari sejarah ?

A             Melahirkan perpaduan dan suasana harmonis

B             Membolehkan kita mendapat iktibar dan pengajaran

C             Mewujudkan rasa bangga terhadap kekuatan kuasa Barat

D             Membentuk masyarakat yang bersikap aktif dalam politik



Penemuan Zaman Paleolitik di Kota Tampan membuktikan Malaysia antara negara terawal melalui zaman Prasejarah Dunia.

           Ms : 14-17

55       Apakah kesar penemuan tersebut ?

A             Membentuk keperibadian bangsa dengan mengurangkan rasa rendah diri

B             Mengajar kita supaya tidak mengulangi kesilapan lalu

C             Menggalakkan kita berusaha memajukan diri dan negara

D             Menghargai dan memelihara kedaulatan negara

          Ms : 14-17

56       Mengapakah mata pelajaran sejarah diberi penekanan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah ?

I              Menghargai kemerdekaan dan kedaulatan Negara

II             Mengelakkan generasi muda ketinggalan zaman

III           Mewujudkan rasa benci kepada penjajah Barat

IV           Melahirkan semangat patriotisme dan bangga akan Negara sendiri

A             I dan II

B             II dan III

C             III dan IV

D             I dan IV



Peristiwa rusuhan kaum telah berlaku pada 13Mei 1969

  Ms : 14-17

57       Apakah  pengajaran peristiwa  tersebut kepada penduduk Malaysia ?

A             Kita patut mementingkan diri sendiri

B             Kita mesti mengekalkan perpaduan antara kaum

C             Kita hendaklah patuh dan taat kepada arahan kerjaan

D             Kita mesti mempertahankan kebudayaan masing-masing



Y


  • Perdana Menteri
  • Bapa Perpaduan



               





Ms : 16

58       Y merujuk kepada

A             Tun Hussein bin Dato’ Onn

B             Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein

C             Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj

D             Tun Dr. Mahathir bin Mohammad





          Ms : 14-17

59       Apakah yang boleh kita pelajari daripada keagungan Kesultanan Melayu

Melaka ?

A            Memberi iktibar

B            Menjadi perangsang

C            Mencintai tanah air

D            Menghargai pemimpin Negara



Peristiwa  pendudukan Jepun di Tanah Melayu telah memberi banyak pengajaran dan keinsafan kepada rakyat Malaysia.

           Ms : 14-17

60       Apakah pengajaran di sebalik  peristiwa itu ?



A             Rakyat perlu aktif dalam parti politik

B             Sistem ketenteraan dalam negara perlu kuat

C             Rakyat perlu bersatu padu demi keamanan negara

D             Penduduk Malaysia haruslah memiliki kemahiran untuk berperang