Welcome

Thursday, May 12, 2011

Sekolahku_smksb


Lama benarnya rasanya tak update blog..rindu kt ladypss ni meluap2 tp apakan daya, masa sentiasa mencemburui kita..tp hari ni i update blog, kali ini masukkan tentang info2 SMK selayang Bharu..utk tatapan semua terutama mereka dan keluarga mereka..hehehe...SELAMAT KENALI SMK SELAYANG BHARU..LOVE U ALL

LATAR BELAKANG SEKOLAH

v  SMK Selayang Bharu terletak dalam mukim Selayang Bharu dan dibina pada tahun 1968
v  Dirasmikan oleh YB Tuan Haji Muhammad b Yaacob (PMK, SMT), Menteri Pendidikan pada 1hb Jun 1968.
v  Terletak di JALAN 29, SELAYANG BHARU 68100 BATU CAVES SELANGOR.
v  Penubuhan sekolah ini berdasarkan faktor-faktor berikut :
o   Untuk memenuhi keperluan penduduk Selayang Bharu yang semakin padat.
o   Menyediakan pendidikan menengah kepada murid-murid sekolah rendah iaitu Sekolah Rendah Selayang Bharu dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Selayang Bharu khasnya dan kawasan-kawasan yang berhampiran amnya.
Berdasarkan kedua-dua faktor tersebut, maka Sekolah Menengah Selayang Bharu merupakan Sekolah Menengah Pertama bagi kawasan Selayang.
Pada masa ini sekolah ini menampung  seramai 2,048 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar Melayu, Cina, India dan juga Lain-lain bangsa.  Berikut adalah pecahan dari Tingkatan Peralihan hingga 5 mengikut bangsa. (rujuk lampiran)
            2.1       NAMA SEKOLAH          : SMK SELAYANG BHARU
            2.2       ALAMAT SEKOLAH      : JALAN 29 SELAYANG BHARU 68100 BATU CAVES
                                                              SELANGOR.
            2.3       KOD SEKOLAH             : BEB 7653
            2.4       JENIS SEKOLAH            : SM HARIAN
            2.5       GRED SEKOLAH           : GRED A
            2.6       LOKASI SEKOLAH         : LUAR BANDAR
SENARAI ANUGERAH SEKOLAH
1.      Melahirkan pemain hoki peringkat Kebangsaan untuk
A)         Piala Dunia Remaja di new Dehli (1988)
B)         Sukan SEA 1987, 1989
C)         Piala Antara Benua 1989
2.      Melahirkan atlit olaharaga untuk
A)     Sukan Sekolah-sekolah ASEAN 184-87
B)     Sukan SEA 1989
3.      Pengakap Kumpulan Ke 16 Gombak pernah menyertai Jambori Asia Pasifik di Bangkok Thailand tahun 1985,
4.      Johan Pertandingan Pertolongan Cemas PBSM tahun 1987 dan 1989.
5.      Johan Penulisan Jawi 2006
6.      Tempat Ke empat peringkat daerah pertandingan Koir 2006
7.      Johan Pertandingan Melukis Poster Kempen Anti Dadah tahun 2006 peringkat daerah.
8.      2 emas Pertandingan Pencak Silat peringkat negeri tahun 2006.
9.      Johan Pertandingan Bola Sepak daerah Gombak tahun 2009.
10.  Naib Johan pertandingan berbalas pantun daerah Gombak tahun 2010.
11.  Tempat ke lima Pertandingan Syarahan Bahasa Inggeris tahun 2010.

SUMBANGAN PIBG UNTUK SEKOLAH
                                I.            Menganjurkan Jogathon (1988) dan berjaya mengutip dana sebanyak RM26,000  untuk membina Bilik Tayangan dan Gelanggang Sepak Takraw.
                              II.            Membina kolam ikan di hadapan pejabat dan muncuk sebagai Johan dalam Pertandingan Projek Khas Sekolah-Sekolah Negeri Selangor Darul Ehsan.
                            III.            Membiayai Kelas Tambahan untuk pelajar SPM dan PMR setiap tahun.
                            IV.            Membiayai Program Masa Cuti untuk pelajar tingkatan empat yang berpotensi.
                              V.            Membiayai Seminar Matematik Tambahan untuk pelajar tingkatan 5 di UKM
                            VI.            Membiayai pembinaan bilik Disiplin di hujung Blok A.
                          VII.            Memberi anugerah kepada pelajar-pelajar cemerlang SPM dan PMR.
KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR SEKOLAH
                                I.            Sebuah bilik mesyuarat tanpa penghawa dingin yang menampung seramai 40 orang pada satu masa
                              II.            Sebuah bilik gerakan berhawa dingin yang boleh memuatkan seramai 20 orang pada satu masa.
                            III.            Dua tapak perhimpunan tanpa bumbung.
                            IV.            Sebuah kedai buku.
                              V.            Sebuah kedai koperasi.
                            VI.            Sebuah surau yang boleh memuatkan seramai 50 orang Jemaah pada satu masa.

KEKURANGAN INFRASTRUKTUR SEKOLAH
                                I.            Makmal komputer yang lengkap
                              II.            Pusat Sumber Sekolah yang lengkap dengan prasarana seperti penghawa dingin, lantai bertiles, bilik tayangan, bilik bahan bantu mengajar.

RASA-RASA DAH BACA NI BOLEHLA MENINGKATKAN RASA CINTA KEPADA SMK SELAYANG BHARU...