Pelancaran
kempen terbaru itu, selepas kali pertama diadakan pada 1998, menandakan
komitmen serta kesungguhan kerajaan untuk menggalakkan rakyat mengutamakan
barangan tempatan. Ia bertepatan dalam suasana ekonomi dunia yang tidak menentu
dan diramal bertambah gawat dalam tempoh yanga akan datang ini.Usaha kerajaan
mengadakan kempen ini dengan beberapa matlamat seperti faktor kepentingan perusahaan tempatan ,
melindungi pengguna dan mengerakkan ekonomi negara ini melalui kuasa beli
rakyat. Dengan membeli barangan tempatan, ia bukan saja menyekat aliran wang ke
luar negara, tetapi lebih penting menggalakkan pembangunan industri atau
perusahaan tempatan. tindakan ini merupakan suatu bentuk tindakan yang wajar dan selari dengan aspirasi Negara Rakyat
negara ini mempunyai banyak pilihan produk tempatan. Sebagai negara membangun,
Malaysia sebenarnya telah banyak menghasil dan mengeluarkan pelbagai barangan
serta produk sendiri. Pendek kata negara ini sudah mampu berdikari dalam usaha memenuhi keperluan dan kehendak
masyarakatnya. kita tidak lagi perlu mengagungkan barangan luar. Sebabnya,
barangan keluaran tempatan kini sudah setanding dengan produk luar dari segi
kualitinya, malahan sesetengah produk keluaran negara kita dijamin lebih baik
lagi. Dalam nada yang sama semangat
cinta akan negara mampu menjadi
benteng utuh dalam menggerakkan minda rakyat di negara ini bagi kepentingan
bersama . Lantas ia mampu melahirkan suatu rupa bentuk masyarakat yang bersatu padu
Sebut saja
jenis produk, Malaysia mempunyai segala-galanya. Misalnya kereta, kita telah
merintis lebih awal industri automotif, malahan kenderaan keluaran negara kita
telah banyak yang menembusi pasaran luar negara.Barangan elektronik seperti
televisyen, peti sejuk, penghawa dingin dan kipas juga semakin banyak jenama
buatan Malaysia membanjiri pasaran.Ini tidak termasuk barangan berasaskan kain
seperti pakaian, pelbagai jenis produk telah dihasilkan oleh pengusaha untuk
menandingi produk luar negara.Kita seharunya berasa bangga sejarah Negara yang pernah menghasilkan produk tempatan di
persada antarabangsa dan bersyukur menjadi rakyat negara ini.
Yang penting sebenarnya ialah perubahan dari segi mentaliti dan sikap orang kita sendiri, untuk beralih kepada barangan tempatan.Selagi sikap dan mentaliti tidak diubah dan kita terus mengagungkan barangan luar, maka selagi itulah kita tidak dapat mengembangkan produk tempatan negara ini. Tuntasnya rakyat negara ini wajar berada pada pihak peka kepada masalah dan isu yang berkaitan dengan negara.