Welcome

Wednesday, April 18, 2012

hasil kajian folio sejarah


1.                   Maklumat asas produk tempatan

a)      Nama Produk   

                Produk yang diusahakan oleh pengsuaha ialah Batik.  Pengusaha mengeluarkan pelbagai jenis produk kraftangan berasaskan batik seperti Baju Wanita, Kaftan, Baju Kemeja Lelaki, Tali lehar, bag Tangan dan selipar serta kain sarung.

b)      Kategori

Produk tempatan yang dikaji ialah produk kraftangan tempatan iaitu Batik

c)       Nama pengusaha/ syarikat/ status/ hak milik

Produk Kraftangan Tempatan Batik  Noor Arfa ini diusahakan oleh encik Wan Mohd  Ariffin bin Wan Long yang didaftarkan atas nama isterinya Puan Noor Hijerah binti Hanafiah.  Pada peringkat awal penubuhan Syarikat Noor Arfa, ia adalah merupakan perniagaan pemilik tunggal.  Pada 22 September 1982, syarikat ini ditukar kepada perniagaan perkongsian bersama Wan Mohd Ariffin Wan Long dan Noor Hijerah binti hanafiah.

d)      Lokasi

Syarikat Noor Arfa Batik beribu pejabat di Cendering Kuala Terengganu dan kilangnya juga disitu. Namun, ia mempunyai beberapa cawangan seperti di Wisma Noor Arfa kampong Baru, Melaka, one Utama dan jalan Tuanku Abdul rahman.

2.                   Latar Belakang.

a)      Sejarah Kewujudan

Ada mengatakan sejarah  kewujudan Batik dikesan di Turki dan Mesir dan Arab.  Pendapat ini disokong oleh Pengkaji Sejarah  McCabe Eliot (1984:22) Piny The Elder menyatakan bahawa orang-orang Mesir menghiasi pakaian yang menyerupai Batik pada tahun 70M lagi. 

Definisi Batik merupakan kesan titik seperti imej bunga, tumbuhan-tumbuhan dan lain-lain yang dilukis pada permukaan kain.

        Sejarah kewujudan Noor Arfa Batik bermula pada 13 Februari 1982 di No 73 jalan Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu kemudian berpindah ke No 796 Jalan Sultan Mahmud Kuala Terengganu.  Setrusnya pada 28 Januari 1989, berpindah ke kilang baru di Lot 1048K Kawasan perindutrian Cendering Kuala Terengganu.  Pada 1 Januari Noor Arfa Complex Centre (NACC) dirasmikan oleh YDP Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. 

        Syarikat Noor ARfa Batik memulakan perniagaan dengan modal permulaan RM1000.00 iaitu modal pensendirian hasil simpanan dari pengasasnya tanpa menerima mana-mana pinjaman.

        Kepentingan produk ini adalah bertujuan menengahkan kreativiti dan kemahiran Orang Melayu Terengganu dalam menghasilkan produk batik. Secara tidak langsung, industry Batik akan dapat member peluang pekerjaan dan memupuk minat masayarakat Malaysia supaya mencintai produk tempatan.

        Keistimewaan produk Batik keluaran Noor Arfa adalah batik lukisan tangan.  Dari segi corak dan rekaannya mengunakan kaedah canting.  Lukisan dibuat terus di atas kain sehingga member identity tersendiri kepada corak tersebut.

3.                   Kaedah / Cara Penghasilan

a)      Senarai bahan

Bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan sesuatu produk Batik lukis ialah kain sutera putih.  Kain ini selalunya diimport dari negar China.  Manakala untuk kain ‘cotton’ diimport dari Indonesia. Selain itu, lilin juga diperlukan.  Lilin yang digunakan adalah diperbuat daripada campuran resin (dammar) dan paraffin (lilin putih).  Lemak haiwan atau minyak masak dicampurkan untuk membolehkan lilin lancer dan tidak tersekat atau pecah.

Kemudian, bahan seperti pewarna yang lazimnya diimport dari Jerman.  Pewarna ini jenis “reactive dye” yg biasanya digunakan dengan hanya dicampurkan dengan air.  Bahan lain ialah ‘sodium silicate/ batik fixer’ digunakan untuk mematikan atau mengekalkan warna pada kain yang telah decanting.  Bahan seterusnya ialah ‘soda ash’ digunakan untuk menanggalkan lilin digunakan untuk mencanting.  “soda ash” ini kelihatan seperti sabun.

b)      Senarai peralatan

Peralatan yang diperlukan untuk menghasilkan produk Batik ialah ‘canting’, kain putih yang dapat meresap cecair lilin.  Pemidang (frame) berfungsi menegangjan kain bagi memudahkan proses mencanting, dapur untu memanaskan lilin.Selain itu periuk atau kuali atau kawah untuk merebus kain yg telah decanting bagi mematikan warna.  Besen digunakan untuk membilas kain yang telah direbus, penyidai digunakan untuk menjemur kain , berus untuk mewarna dan bekas plastic untuk menyimpan warna.

c)       Proses/ peringkat penghasilan

Proses penghasilan Batik dimulakan dengan memotong kain putih mengikut saiz yang diperlukan.  Langkah kedua  menyediakan corak lakaran di atas kain putih dengan menggunakan pensel

Langkah seterusnya ialah memanaskan campuran lilin dan dammar serta sedikit lemak haiwan atau minyak masak.  Apabila lilin telah panas, ceduk lilinn menggunakan canting.  Kain reja/ kain tisu digunakan supaya lilin tidak menitik. Kemudian, corak diwarnakan dengan menggunakan berus yang lembut.

Langkah berikut ialah, kain dibiarkan kering diatas pemidang.  Apbila telah kering, kain terswebut direndam di dalam bekas yang mengandungi Sisa Sodium Silicate.  Kain itu kemudiannya direbus untuk menanggalkan lilin dan dijemur sehingga kering.



d)      Spesifkasi  produk (timbangan/sukatan ukuran)

Bagi menghasilkan kemeja lelaki berlengan panjang, saiz (S,M,L,XL), ukuran kain yang diperlukan ialah 2.40m, bagi saiz XXL, XXXL, ukuran kain ialah 2.50m dan saiz yang lebih besar ialah 3m

Manakan untuk baju kurung perempuan semua saiz ialah 4m manakala saiz luar biasa ialah 2.50m untuk kain dan 3m untuk baju.

Pemidang atau frame yang diperlukan ialah 5m panjang dan lebar 45 inci.

Seterusnya semasa mencampurkan lilin dan dammar sukatanya ialah 60% lilin dan 40% damar.

4.                   Perkembangan produk

a)      Rangkaian pemasaran

Syarikat Noor Arfa Batik memasarkan produk Batiknya dengan 4 strategi pemasaran iaitu Pusat Perlancongan, Pusat Jualan, Pusat Borong dan Pusat Tempahan.  Selain itu, melalui usaha dan sokongan Allahyarhamah Datin Seri Paduka Endon, isteri kepada Tun Abdullah Badawi, arwah menggalakkan semua kakitangan kerajaan Malaysia memakai batik sebagai pakaian rasmi pada setiap hari Sabtu dan kini pada hari Khamis.  Usaha ini secara tidak langsung telah menaikan imej Batik di mata masyarakat.

b)      Pengiktiran/sambutan daripada pengguna/ penghargaan.

Perkembangan Batik di Malaysia turut mendapat sokongan padu daripada Kraftangan Malaysia yang sentiasa mencari penemuan atau teknik baru di dalam bidang ini.  Selain itu Kementerian Perlancongan turut sama dengan memartabatkan batik di persada antarabangsaan. Syarikat Noor ARfa Batik juga mendapat pelbagai pengiktiran antaranya ialah seperti  Anugerah Kecemerlangan Industri 2004 pembangunan Jenama Malaysia.

c)       Potensi produk

Sejarah Batik di Malaysia boleh dikatakan cepat dari segi indutri. Meskipun dari segi olahan motif, warna dan fesyen yang sentiasa bertukar namun dari segi keunikan dan keindahan yang ada amat sukar untuk kita cari dan jumpa keistimewaan ini di luar Negara.  Sehingga kini, industry batik merupakan satu industry  warisan melayu yang masih terpeliharan.

d)      Perancangan masa depan

Syarikat Noor arfa batik bercita-cita untuk menemnusi pasaran antarabangsa.  Sehingga kini ia telah menyertai 12 program ekspo di luar Negara seperti UK, Jepun dan Asutralia.  Ia juga mempelawa mana2 usahawan yang berminat untuk menjadi francise kepada Noor Arfa agar dapat mengembangakn industry batik Malaysia.




kaedah kajian folio sejarah


Kaedah kajian

1.       Melayari intenet

Saya telah melayari intenet http://www.noorarfa.com.my untuk mendapat maklumat mengenai produk kraftangan Batik

2.       Menemuramah

Saya telah menemurah _______ saya Puan ________________ yang berumur _____ tahun di ______________________ pada hari __________ tarikh ____ jam _____ untuk mendapatkan maklumat mengenai kajian saya. Beliau ialah_______________

3.       Analisis Dokumen

Saya telah membuat analisis dokumen Profil Syarikat Noor Arfa Batik Sdb Bhd untuk menglengkapkan kajian saya.

4.       Penyelidikan Perpustakaan

Saye telah melakukan penyelidikan di Perpustakaan Awam Daerah Gombak dan membuat penyelidikan mengenai Batik dalam Majalah Dewan Siswa keluaran Julai 2006 mukasurat 62 hingga 63

Tuesday, April 17, 2012

elemen 2-objektif kajian sejarah 2012


ELEMEN 2 - OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian saya sejarah saya ialah “



1.     Objektif kerja kursus sejarah ini adalah untuk mencari dan mengumpul fakta berkenaan ...................................................... di negara kita daripada sumber yang sahih.



2.     Selain itu, kajian ini dapat mengajar saya cara mengelas, menganalisis, mentafsir, mensintesis dan merumus fakta berkenaan ........................................ di negara kita secara rasional.



3.     Saya juga dapat merasai pengalaman dan berpeluang merekod fakta dan mengnalisis fakta perolehan berkenaan ................................................... di negara kita mengikut format kajian yang betul.



4.     Kajian ini menyemai perasaan bangga dengan kegemilangan tamadun bangsa dan negara melalui .......................... di negara kita. Justeru itu, lahirlah perasaan bangga akan kegemilangan tamadun bangsa dan negara kita.



5.     Akhirnya, kajian ini juga bertujuan melahirkan semangat patriotisme terhadap negara dan bangsa. Melalui kajian, saya akan menghargai jasa dan usaha kerajaan ke arah merealisasi Masyarakat 1Malaysia.
,,,,,