Welcome

Sunday, May 27, 2012

Elemen 3_esei folio


Pelancaran kempen terbaru itu, selepas kali pertama diadakan pada 1998, menandakan komitmen serta kesungguhan kerajaan untuk menggalakkan rakyat mengutamakan barangan tempatan. Ia bertepatan dalam suasana ekonomi dunia yang tidak menentu dan diramal bertambah gawat dalam tempoh yanga akan datang ini.Usaha kerajaan mengadakan kempen ini dengan beberapa matlamat seperti  faktor kepentingan perusahaan tempatan , melindungi pengguna dan mengerakkan ekonomi negara ini melalui kuasa beli rakyat. Dengan membeli barangan tempatan, ia bukan saja menyekat aliran wang ke luar negara, tetapi lebih penting menggalakkan pembangunan industri atau perusahaan tempatan. tindakan ini merupakan suatu bentuk tindakan yang wajar  dan selari dengan aspirasi Negara Rakyat negara ini mempunyai banyak pilihan produk tempatan. Sebagai negara membangun, Malaysia sebenarnya telah banyak menghasil dan mengeluarkan pelbagai barangan serta produk sendiri. Pendek kata negara ini sudah mampu berdikari dalam usaha memenuhi keperluan dan kehendak masyarakatnya. kita tidak lagi perlu mengagungkan barangan luar. Sebabnya, barangan keluaran tempatan kini sudah setanding dengan produk luar dari segi kualitinya, malahan sesetengah produk keluaran negara kita dijamin lebih baik lagi. Dalam nada yang sama semangat cinta akan negara  mampu menjadi benteng utuh dalam menggerakkan minda rakyat di negara ini bagi kepentingan bersama . Lantas ia mampu melahirkan suatu rupa bentuk masyarakat yang bersatu padu

Sebut saja jenis produk, Malaysia mempunyai segala-galanya. Misalnya kereta, kita telah merintis lebih awal industri automotif, malahan kenderaan keluaran negara kita telah banyak yang menembusi pasaran luar negara.Barangan elektronik seperti televisyen, peti sejuk, penghawa dingin dan kipas juga semakin banyak jenama buatan Malaysia membanjiri pasaran.Ini tidak termasuk barangan berasaskan kain seperti pakaian, pelbagai jenis produk telah dihasilkan oleh pengusaha untuk menandingi produk luar negara.Kita seharunya berasa bangga sejarah Negara yang pernah menghasilkan produk tempatan di persada antarabangsa dan bersyukur menjadi rakyat negara ini.


Yang penting sebenarnya ialah perubahan dari segi mentaliti dan sikap orang kita sendiri, untuk beralih kepada barangan tempatan.Selagi sikap dan mentaliti tidak diubah dan kita terus mengagungkan barangan luar, maka selagi itulah kita tidak dapat mengembangkan produk tempatan negara ini. Tuntasnya rakyat negara ini wajar berada pada pihak peka kepada masalah dan isu yang berkaitan dengan negara.


Rumusan_folio sejarah


Rumusan

                Setelah menjalankan kajian ini, saya dapat memahami lebih dalam tentang industri kraftangan produk  tempatan yang terdapat di negara kita. Hasilnya, saya lebih peka dan menghargai produk tempatan  ini dalam membantu ke arah kemajuan dan meningkatkan ekonomi negara.

               

                Di samping itu, melalui kajian ini juga akan dapat menonjolkan masyarakat kita yang kaya dengan kreativiti dan mempunyai keunikan yang tersendiri.  Di samping itu sikang saling sokong menyokong  bekerjasama dan bertoleransi. Ini secara tidak langsung akan dapat memupuk semangat kekitaan dalam masyarakat.

               

                Akhir sekali, kesejahteraan dan keamanan serta kemajuan negara bergantung kepada rakyatnya. Sebagai rakyat Malaysia, kita mestilah berbangga menjadi rakyat Malaysia dan juga berbangga dengan hasil produk tempatan dan dengan kebanggaan inilah yang akan menjadi pemangkin kepada kemajuan dan keharmonian negara kita.