Welcome

Wednesday, May 1, 2013

xtvt Hari Pekerja

salam... Selamat Hari Pekerja... terima kasih kepada Malaysia yg raikan semua pekerja tak kira apa jua pekerjaan termasukla surirumah.. housewife pun dikira pekerja jugak tau!!!!

  mulakan hari cuti ini sejurus selepas solat subuh.. terus masuk dapur... dari semlm teringin nak makan Nasi Lemak Kampung,, ada bilis, ikan selar rebus, telur, santan beku... wahhh cukup ni, maka terusla menyingsing lengan memulakan langkah... dlm masa 30 minit terhasila... tara..tara....

nasi lemak kampung

hari ni juga hari membersih... cuti bekerja di ofis tapi masih menguruskan kerja di rumah.. maka terhasila org rajin ni

dah bersih kipas, ubah suai sofa.. tahniah!! awak sgt rajinnn..


Mood memasak datang lagi... as requested, terhasila homemade chicken chop dan mashed potato..

ini resipi utk mashed potato
  1. 10 biji kentang direbus
  2. 1/2 cawan fresh milk
  3. sedikit lada hitam
  4. sedikit garam
kentang direbus, dan lenyek2 guna mixer, sambil dimasukkan fresh milk, garam dan lada hitam berselang seli... jgn terlalu lembik...

utk sauce
  1. saderi, sebiji bawang, 650ml air dan 5 sudu stok ayam direnihkan dan tapis..
  2. panaskan butter, masukkan holand onion (bwg besar yg kuning), goreng sampai kuning, masukkan 2-3 sudu besar gandum, kacau jgn melekit
  3. masukkan air rebusan yg direnihkan sedikit sedikit
  4. masukkan 1 sb tomato, sos tiram sedikit kicap, black paper
  5. kacau dan ikut kepekatan yg kita suka

utk black paper sauce
  1. goreng holand onion dgn butter
  2. masukkan air dan stok ayam sedikit
  3. masukkan black paper yg diblend halus
  4. kicap sedikit
  5. 1/2 cawan fresh milk
  6. 2 sudu tepung jagung yg dibancuh dalam air
  7. kacau ikut kepekatan yg kita suka...
inila homemade chicken chop +mashed potato

dan our early dinner

penggunaan 'kuali ajaib' yg tegar

xtvt on 1Mei 2013 dipenuhi dgn acara masak2... so malam ni bertungkus lumus untuk acara lipatan, esok dah kerja, lusa balik kampung menjalankan tugas sebagai rakyat Malaysia "mengundi"