Welcome

Monday, April 21, 2014

Nasionalisme di Malaysia sehingga Perang Dunia (Kertas 3 SPM_Mei2014)

Soalan 4 ( faedah/ usaha-usaha ) memupuk semangat nasionalisme
*mulakan menulis jawapan dengan merujuk soalan, Contohnya kalau soalan bertanyakan usaha maka mulakan menulis dengan

Usaha memupuk semangat nasionalisme ialah
·      mengenali tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan contohnya Tunku Abdul Rahman.
·      Mendedahkan jasa-jasa dan perjuangan tokoh-tokoh silam seperti Dato Onn Jaafar yang menubuhkan UMNO.
·      Menghargai perjuangan tokoh Negara seperti Tun Dr Mahathir yang banyak membawa Malaysia kearah permodenan.
·      Kita perlu memelihara keamanan.
·      Kita perlu menghindari budaya negative yang membawa kehancuran
·      Kita perlu sentiasa mempunyai semangat “Malaysia Boleh”
·      Kita mesti bertanggungjawab menjaga maruah Negara
·      Mempunyai semangat setia negara yang tinggi
·      Sanggup berkorban untuk bangsa
·      Mempunyai sifat kerjasama.
·      Melengkapkan diri dengan segala ilmu pengetahuan yang berguna.
·      Menguasai pelbagai kemahiran.
·      Mengekalkan perpaduan kaum.
·      Mengukuhkan jati diri bangsa Malaysia.
·      Menguasai kepakaran sains dan teknologi.
·      Jangan mudah terpengaruh dengan agenda anasir luar.
·      Mengelakkan diri daripada nilai-nilai negative.
·      Menjaga keamanan negara.
·      Patuh pada ajaran agama.
·      Hormat-menghormati sesame individu

Soalan 5 (sumbangan/ kerjasama ) melalui nasionalisme dapat menaikkan imej Negara
·      Kejayaan dalam penyertaaan sukan peringkat antarabangsa contohnya Sukan Komanwel.
·      Bersatu padu meningkatkan ekonomi Negara dengan semangat atau Kempen “Belila Barangan Buatan Malaysia”
·      Kempen Wawasan 2020, iaitu mencapai Negara Maju dengan acuan sendiri tanpa terikat atau terpengaruh dengan kuasa luar.
·      Kerjasama mempertahankan Negara dalam Ops Daulat sewaktu Lahad Datu dicerobohi oleh penceroboh luar.
·      Kerjasama dan perpaduan yang utuh semasa pencarian MH370
·      Pilihanraya yang berlaku secara aman, adil dan telus tanpa sebarang pertumpahan darah
·      Kejayaan kerajaan kita membentuk Penubuhan Malaysia secara rundingan dalam usaha untuk membebaskan negara sekitar daripada dijajah dan ancaman komunis.
·      Menolak Dasar Apartheid iaitu penjajahan dan penindasan ke atas golongan kulit hitam selaras dengan kehendak Gerakan Nasionalisme yang tidak lagi menyokong penjajahan
·      Pengiktirafan Sistem Raja Berpelembagaan selaras dengan gerakan Nasionalisme yang mempertahankan Sistem Beraja.
·      Menyokong Konsep Zon Bebas Senjata Nuklear yang dapat mengelakkan penguasaan kuasa-kuasa besar sehingga dapat menjajah negara yang kecil dan lemah.
·      Bersama-sama membenteras ancaman komunis

Soalan 6 (kejayaan menerusi nasionalisme)

·      Pencapaian angkasawan pertama Negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar dalam misi ISSnya
·      Kejayaan membina mercu-mercu tanda
·      Kejayaan menganjurkan pertandingan sepeti Formula1, pembinaan KLCC, Cyberjaya.
·      Kedatangan pelancong-pelancong luar ke Malaysia semakin bertambah
·      Pengisytiharan Melaka sebagai Bandaraya Sejarah Warisan Dunia
·      Pengisytiharan Pulau Pinang sebagai Bandaraya Warisan Dunia
·      Pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA)
·      Mewujudkan Sistem Perbankan Elektronik
·      Perlancaran Kapal Selam KD Tun Razak
·      Pembinaan Jambatan Pulau Pinang

·      Penganjuran Pidato Bahasa Melayu di peringkat Antarabangsa