Welcome

Sunday, August 17, 2014

Bab 9 : Perubahan Masyarakat dan Budaya Eropah


BAB 9 : PERKEMBANGAN DI EROPAH


TAJUK : PERUBAHAN MASYARAKAT DAN BUDAYA EROPAH


Tajuk Umum:
Peta menunjukkan laluan utama pelaut Eropah ke Kepulauan Rempah.

            Kalau dikaji peta ini , terdapat dalam subtopic Penerokaan dan Penjelajahan dalam Bab 9 Tingkatan 4 (Perubahan Masyarakat dan Budaya Eropah)
            Dalam Bab ini terdapat tiga Zaman untuk dikaji iaitu :
1.     Zaman Gelap
2.     Zaman Renaissance
3.     Zaman Reformation
Justeru pelajar perlu membuat persediaan untuk ketiga-tiga zaman tersebut sehinggala pada hari peperiksaan akan keluar tajuk khusus.

Soalan 1 (biasanya akan ditanya Maksud/ Pengenalan Zaman          
            Calon cubala menulis maksud setiap zaman itu berdasarkan soalan yang ditanya.
1.     Zaman Gelap                          (m:215)
2.     Zaman Renaissance                 (m:217)
3.     Zaman Reformation                (m:220-221)


Soalan No 2, No 3, No 4 (berkaitan dengan peta di atas iaitu Penjelajahan dan Penerokaan)
            Latar Belakang penjelajahan dan penerokaan ( M ; 223)
            Sebab / faktor yang mendorong Penjelajahan dan penerokaan ( M 223- 225)
-       Murid boleh menulis esei untuk soalan sebab dan faktor seperti contoh berikut :
Sebab / Faktor pertama penjelajahan dan penerokaan ialah …….., sebab kedua pula ialah……
            Kesan-kesan penjelajahan dan penerokaan ) ( M:225- 227)

Soalan 5 ( Kejayaan / faedah yang diperolehi oleh Malaysia hasil daripada penjelajahan dan penerokaan)
-      Kejayaan Dato’ Sheikh Muzaffar ke angkasa lepas
-      Pelayaran solo Dato Azhar Mansor mengelingi dunia
-      Kejayaan rakyat Malaysia mendaki Gunung Everest
-      Kejayaan rakyat Malaysia menyeberangi Selat Melaka
-      Kejayaan Malaysia menganjurkan Formula One
-      Kejayaan Malaysia menganjurkan LIMA di Langkawi
-      Kejayaan Malaysia membina KLCC iaitu antara bangunan tertinggi di dunia
-      Kejayaan membina Bandar Mutlimedia di Cyberjaya
-      Kejayaan Malaysia melancarkan MEASAT dan mempunyai satelit sendiri iaitu ASTRO
-      Kejayaan Malaysia membina UIA dan menawarkan pendidikan bertaraf antarabangsa
-      Kejayaan dalam penyelidikan perubatan seperti pemindahan hati oleh rakyat Malaysia sendiri

Soalan 6 ( sumbangan / usaha penjelajahan dan penerokaan yang boleh mensejahterakan rakyat Malaysia)
-      Membuka peluang pekerjaan
-      Imej negara dapat ditingkatkan
-      Menaikkan taraf hidup rakyat Malaysia
-      Mengembangkan ekonomi rakyat Malaysia
-      Mengurangkan kadar pengangguran di kalangan rakyat Malaysia
-      Pengaliran wang asing masuk ke dalam negara
-      Pertambahan kadar kemasukan pelancong asing
-      Menambahkan kemudahan sistem komunikasi negara
-      Menaik taraf sistem perhubungan seperti jalanraya dan jalan keretapi
-      Membuka peluang pendidikan kepada rakyat Malaysia

Soalan 7 (cabaran)
-      Kurang teknologi
-      Kurang kemahiran
-      Kurang pekerja mahir
-      Kurang ilmu pengetahuan
-      Persaingan dengan negara luar
-      Kadar kemiskinan yang masih tinggi
-      Masalah sosial yang semakin berleluasa

Soalan 7 (langkah mengatasi)
-      Menguasai ilmu pengetahuan
-      Menggalakan rakyat menceburi bidang kemahiran
-      Memperuntukan sejumlah perbelanjaan untuk  bidang R&D
-      Menggalakkan perpaduan antara rakyat
-      Menaikkan taraf ekonomi negara
-      Mengukuhkan kestabilan politk negara

Soalan 8 ( nilai –nilai murni) – rujuk nota edaran KBKK

Soalan 9
            Pengetahuan yang saya perolehi ialah dorongan dan galakan daripada pemerintah sangat penting untuk kejayaan rakyat.  Kedua, untuk Berjaya, kita perlu mempunyai sifat jati diri, berani dan sanggup menghadapi cabaran
            Iktibar yang dapat saya pelajari ialah rakyat perlu bersatu padu untuk keharmonian dan imej negara.  Seterusnya setiap rakyat perlu berusaha mempertingkatkan ilmu pengetahuan supaya dapat memajukan ekonomi diri dan negara.
            Harapan saya agar Malaysia dapat mencapai kejayaan yang lebih cemerlang hasil kesungguhan dan keazaman semua rakyat.