Welcome

Monday, February 10, 2014

Tepak Sirih

TEPAK SIRIH



        Tepak sirih merujuk kepada bekas yang diperbuat dari logam bagi menyimpan bahan-bahan yang digunakan dalam penyediaan daun dari pokok sirih untuk di makan. Masyarakat Melayu membezakan antara tepak sirih berbentuk bujur sebagi puan dan yang berbentuk empat segi bujur sebagi tepak.  Terdapat juga tepak sirih yang berbentuk bulat. 
        Malah dalam Hikayat Hang Tuah, Hang Tuah telah memberikan kepada Hang Jebat sepiak sirih di dalam tepak sirih kepunyaan Sultan Mahmud semasa berhenti rehat.

Antara barangan yang terdapat dalam tepak sirih adalah:-
   Daun sirih yang menggambarkan sebagai sesuatu yang berharga, iaitu kehidupan yang harmoni
    Kacip pinang yang digunakan bagi megacip pinang
   Gobek sirih bagi menghancurkan sirih untuk mereka yang berusia dan tidak memiliki gigi bagi menguyah.
    Lima cembul yang berisi bahan sirih yang diatur menurut aturan berikut:-
       Cembul yang berisi pinang yang melambangkan kejujuran, martabat dan maruah yang tinggi serta   keturunan yang baik-baik
                   Cembul yang berisi kapur sebagai lambang hati yang tulus bersih tetapi boleh menjadi agresif dan membinasakan
          Cembul yang berisi gambir yang kelat rasanya melambangkan kecekalan hati
          Cembul yang berisi tembakau yang rasanya pahit dan memabukkan melambangkan ketabahan dan kesediaan untuk berkorban
           Cembul yang berisi cengkih yang rasanya yang manis dan bau yang wangi melambangkan kelembutan dan kehalusan adat budaya serta tutur kata.

Aturan tersebut menurut tertib ketika mengapur sirih, yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan. 
Daun-daun sirih yang disusun dalam tepak sirih hendaklah dilipat bersisip antara satu sama lain dan disamakan tangkainya, disusun sebanyak lima atau enam helai dalam satu baris. 
Satu tepak sirih selalunya mengandungi empat atau lima susun sirih tadi. 
Sirih ini dilipat bagi menyembunyikan tangkai sirih. Ini kerana ekor sirih tidak boleh dinampakkan kerana pada anggapan mereka ini adalah satu keadaan yang kurang sopan dan tidak menghormati tetamu.

Sirih Pinang di dalam puan
Untuk hidangan Putra perkasa
Selamat Jalan Duhai Pahlawan
Tabah Hati semangat waja





Tuesday, July 30, 2013

Kertas 3 Sejarah Percubaan SPM 2013


SEJARAH KERTAS 1249/3 :HURAIKAN PEMBAHARUAN DAN PENGARUH ISLAM DI MALAYSIAN DALAM ASPEK POLITIK DAN PENDIDIKAN SEBELUM KEDATANGAN  BARAT DAN MENGAITKAN DENGAN KEGEMILANGAN MALAYSIA PADA HARI INI.
4. MENGAPLIKASI: MALAYSIA SEBAGAI PUSAT PENDIDIKAN ISLAM PADA MASA KINI:
 
(15m)
Cadangankan langkah-langkah ke arah matlamat Malaysia maju dalam pendidikan Islam pada masa kini
 
Cara Menjawab: Mulakan ayat dengan langkah-langkah ke arah matlamat Malaysia maju dalam pendidikan Islam pada masa kini ialah kita perlu
 
- Menguasai ilmu pengetahuan
- Menguasai kemahiran
- Mengukuhkan jatidiri bangsa Malaysia
- Kreatif dan inovatif
- Memperkukuh ilmupengajian Islam
- Menaik taraf kemudahan intrastuktur
- Menambah tenaga mahir
- Meningkatkan kecekapan pengurusan dan pentadbiran
- Memperkasakan peranan pusat pendidikan Islam
- Memperluaskan hubungan diplomatik dengan negara Islam lain
- Mengadakan pertukaran teknologi
- Mempelopor ipenggunaan bahasa arab dalam sistem pendidikan
- Mengekalkan perpaduan negara
- Meluaskan peluang kerjaya
- Memberi bantuan kewangan untuk aktivit ipendidikan Islam
 
( Mana-mana munasabah)
-
5.
MENILAI KEJAYAAN MALAYSIA SEBAGAI PUSAT PENDIDIKAN ISLAM PADA MASA KINI.
 
(10m)
Kejayaan Malaysia sebagai pusat pendidikan Islam yang maju pada hari ini dapat dilihat dengan
 
- Penubuhan UIA
- Program twining dengan university dari Madinah danMakkah
- Penubuhan madrasah dan sekolah pondok yang moden
- Gabungjalin kurikulum akademik dan agama
- Sekolah agama banyak ditubuhkan atau dibina
- Penubuhan USIM untuk melahirkan intelek Islam yang professional
- Penubuhan institusi seperti Darul Quran bagi menyediakan peluang menlanjutkan pelajaran kepada pelajar Islam
- Menggunakan sukatan dar ipusat-pusatpendidikan Islam yang terkenal di luar negara
- Mempunyai ramai tenaga pengajar yang berkelayakan
- Ramai ibubapa Islam memilih untuk anak mereka ke sekolah aliran agama
- Sekolah-sekolah aliran agama telah Berjaya melahirkan ramai pelajar yang
cemerlang
 
( Mana-mana munasabah)
 
 
 
6
MENCIPTA/ MENJANA IDEA MENJADIKAN MALAYSIA SEBAGAI PUSAT PENDIDIKAN ISLAM ANTARABANGSA
 (10m)
A. Cabaran yang dihadapi oleh Malaysia untuk memajukan pendidikan Isalam ialah dari sudut
- kewangan
- kemudahan asas
- teknologi,masih rendah
- Tenaga kerja
-kurang sokongan dari pelbagai pihak
(mana-mana jawapan yang munahsabah)
 
b. Langkah yang diambil untuk mengatasi cabaran ialah
- penguasaan ilmu
- penguasaan kemahiran ICT
- kewangan
- modal insan
- kerjasama semua pihak
(mana-manajawapan yang munahsabah)
7
MENGHAYATI NILAI-NILAI MURNI/ IKTIBAR DARIPADA PENGARUH ISLAM DALAM KECEMERLANGAN NEGARA (10M)
Nilai- nilai murni daripada pengaruh Islam dalam kecemerlangan Negara ialah-musyawarah-muzakarah-bijaksana- berdayasaing- pembangunan dan penyelidikan- Penguasaan ilmu pengetahuan- berkemahira- bijak mengambil peluang- beranimengambilrisiko
8
MERUMUS SECARA KESELURUHAN ISI (5m0
Rumusan
Kesimpulan daripada tugasan, saya dapat mengetahui tentang latar belakang kenapa Malaysia terpilih sebagai pusat penyebaran Agama Islam. Selain itu, ada banyak iktibar seperti kesungguhan para pembesar dan Sultan sendiri untuk menimba ilmu.  Contoh kita dapat mengetahui penggunaan konsep Islam dalam pentadbiran dan pengurusan harta pusaka.  Harapan saya agar Negara Malaysia terus maju sebagai pusat kegemilangan Agama Islam.  Saya juga mengharapkan saya sendri akan menjadi insan solehah suatu hari nanti

 APAPUN CALON MESTI MENULIS JAWAPAN DALAM BENTUK ESEI YANG TERSUSUN.

 

Wednesday, May 1, 2013

xtvt Hari Pekerja

salam... Selamat Hari Pekerja... terima kasih kepada Malaysia yg raikan semua pekerja tak kira apa jua pekerjaan termasukla surirumah.. housewife pun dikira pekerja jugak tau!!!!

  mulakan hari cuti ini sejurus selepas solat subuh.. terus masuk dapur... dari semlm teringin nak makan Nasi Lemak Kampung,, ada bilis, ikan selar rebus, telur, santan beku... wahhh cukup ni, maka terusla menyingsing lengan memulakan langkah... dlm masa 30 minit terhasila... tara..tara....

nasi lemak kampung

hari ni juga hari membersih... cuti bekerja di ofis tapi masih menguruskan kerja di rumah.. maka terhasila org rajin ni

dah bersih kipas, ubah suai sofa.. tahniah!! awak sgt rajinnn..


Mood memasak datang lagi... as requested, terhasila homemade chicken chop dan mashed potato..

ini resipi utk mashed potato
  1. 10 biji kentang direbus
  2. 1/2 cawan fresh milk
  3. sedikit lada hitam
  4. sedikit garam
kentang direbus, dan lenyek2 guna mixer, sambil dimasukkan fresh milk, garam dan lada hitam berselang seli... jgn terlalu lembik...

utk sauce
  1. saderi, sebiji bawang, 650ml air dan 5 sudu stok ayam direnihkan dan tapis..
  2. panaskan butter, masukkan holand onion (bwg besar yg kuning), goreng sampai kuning, masukkan 2-3 sudu besar gandum, kacau jgn melekit
  3. masukkan air rebusan yg direnihkan sedikit sedikit
  4. masukkan 1 sb tomato, sos tiram sedikit kicap, black paper
  5. kacau dan ikut kepekatan yg kita suka

utk black paper sauce
  1. goreng holand onion dgn butter
  2. masukkan air dan stok ayam sedikit
  3. masukkan black paper yg diblend halus
  4. kicap sedikit
  5. 1/2 cawan fresh milk
  6. 2 sudu tepung jagung yg dibancuh dalam air
  7. kacau ikut kepekatan yg kita suka...
inila homemade chicken chop +mashed potato

dan our early dinner

penggunaan 'kuali ajaib' yg tegar

xtvt on 1Mei 2013 dipenuhi dgn acara masak2... so malam ni bertungkus lumus untuk acara lipatan, esok dah kerja, lusa balik kampung menjalankan tugas sebagai rakyat Malaysia "mengundi"