Welcome

Sunday, February 3, 2013

Sabah Day 1



Day 1 (23 jan 2013)

Hampir sebulan i booked tiket dgn harga paling murah MAS, kali ni rasa cam nak naik MAS ada makan dan luggage pun 20kg sorg..
       
      So hr ni dh tiba masa...Pagi masih mengajar.. Tak amik cuti since i dh apply cuti on friday.. Bersemangat aje time ngajar..maklumla hati dah girang..
     
      Around 230pm.. Man dtg amik d sekolah dn kami gerak k  terminal bersepadu selatan. Kami Survey sana murah parking rm3/day.. Sempat jugk lelap mata. Yerla tadi kelas pack...dan bangun jam 4pagi untuk kemas2 barang..kerja last minit..camtula
     
       Akibat i ketiduran, kami terlajak dan kena patah balik.. Okla jugak tempat ni cuma lift dia lembab. Kami amik transit ERL k putrajaya Then ke klia. Transit beb..nak jimat kos. Lebih kurangg rm10 jugak beza harga.

     Dh check.in luggage kami terus masuk bekejar nak solat asar. Sempat lagi saya alas perut, lapar sgt maklumla tadi lunch tak sempat.  Sambil2 tu kami call adik yg katanya student UMS Sabah. tapi Nk jd hal hilang pulak number sewa kereta. Hmmmm....takperla tgkla sampai nanti camne...Hrp2 mudah2 semua urusan kami.

      Tepat jam 7.40malam,  BISMILAHIRAHMANIRAHIM... SMG PEmusafiran kami dpermudahkn. Kt TBS td i dah rembat 2 helai baju Cuaca cerah... alhamdulilah

Syukur slmt tiba KKIA jam9.10mlm. Awal dr.jadual. Flight yg.seronok. Ada Ngaji. Ada Cerita haq. Jauh jugak pjln nk ambil bag. then kami amik Taxi aport rm30 untuk ke hotel Century..(hotel bajet je.. sb kami cuma nak tido..esok pagi2 dah check out).Hotel ni i book tru  asiaroom. Makan malam kami sinaran cafe berdekatan hotel. Lain rasa menu dgn kl.  Hotel ini dekat dgn town.. dekat Kg Air.. Staff hotel baik dn agak peramah..siap pesan malam sgt tak payah ke Pasar Malam Kg Air, byk kes ragut.. restoran depan hotel tak pasti Muslim atau tidak... bagus.. service tip top walaupun hotel bajet.. terima kasih byk2

        Malam tu sempat kami Shopping brg tuncit d QQ Store yang rupanya  cam 7e then terus blk tido....keletihan...zzzzzz
dalam flight.. saya yang keletihan
perjalanan yang tak bosan.. ada TV setiap seat..
sempat "peace" di aiport KKIA sebaik tiba..
1st time jupe sign ni dalam hotel... bagus tanda peringatan..

penanda parking kami di TBS
 
 
Now... time.. see u 2morrow






 

 
 

Maulidur Rasul @smksb

semalam 2 Februari.. smk selayang bharu menganjurkan Sambutan Maulidur Rasul.. i as usual jam 7 pagi dah ada kt sekolah..hehehe budak2 dah ramai.. cantik2 berpakaian... seronok sgt..

    Tepat jam 8.00 pagi.. perarakan dimulakan.. ada jugak ex-students yg datang... meriah2...

    i xdpt nak join lama2.. coz jam 10pagi kena attend meeting PIBG... tp yg bestnya penceramah jemputan kami "Sham Kamikazee" dtg, sempat i bergambar dgn dia... sungguh gediksss saya.. anyway.. happy meriah.. yg penting kita semua dan manfaat semoga mendapat syafaat drp Nabi Junjungan kita Muhammad Rasulallah SAW

cg arun mengiringi pelajar Pendidikan Khas.. tq cg arun
sempat bergambar dengan Sham Kamikazee
 

perarakan bermula





 


Wednesday, November 14, 2012

unplanned_kuala lipis

Jeng..jeng... salam semua

Cuti deepavali kami kali ni di Kuala Lipis.. Acctualy it was unplanned holiday... bila husband balik kerja, i bgtau yg our "ayah+mama" ke Kuala Lipis nak makan daging kijang... bulat mata dia.. teringin nak makan jugak.. so we all call "ayah" n ckp nak pergi jugakkkk!!!! hahaha

So, after solat magrib, cepat2 kemas baju2 sehelai dua, then terus gerak.. tp sblm tu kami singgah BBS, topup touch& go, risau kut2 jem nanti... then singgah MCD kat tol gombak utk alas perut...

perjalanan ke Kuala Lipis agak slow.. sb kenderaan sana dibawa slow slow.. melintasi Bandar Bentong, byk dah perubahan since i pernah duk Karak (1998-2002), dn Bandar bentongla ajela tpt kami happening... teimbau2 kenangan (ada suka duka).. wah wah.. teremo pulak.. kah2xx.. takpe Beb! semua ini were colouring my life....kih2xx..

Terus gerak, dan hubby citer time2 dia berulang KL_KB pernah singgah satu pasar malam di Ulu Dong, semua kuih dibeli tawar,,tasteless dah la time tu bulan puasa.. berbuka la dia dgn kuih kuih tawar ..hehehe.. i cakap nila kawasan Sejarah Hitam... Mona Fandey (smg Allah ampunkan semua dosa mereka yg terlibat)...

dlm jam 11mlm, kami sampai ke destinasi..nak cari kuaters kerjaan sampai 2-3 kali round hospital dah la kena lalu depan bilik mayat..sampai2 aje, kami dijamu dgn daging kijang goreng dan ikan patin masak tempoyak..sembang2 dan tidur..sejuknya sb di atas bukit.. hubby kata, sampai hajat dia nk rasa daging kijang.

esoknye, kami ke raub cari durian.. dan di rumah kami tidur tu ada rambutan, manggis yg fresh2 dipetik dri pokok... best sgt... ptg lepas asar kami btolak balik sb hubby keje.. i jerla yg duk lepakss rumah

area sinila kami menginap.. tp bukan hospital tau...

Monday, November 12, 2012

cuti.. hip hip ..horreyyyy

salam.. tara..tara... cak! cak!
lama betul i menyepi dari updating blog.... bukan tak rindu... tp masa tu... pack sgt....

aha.. aha... dah start cuti....  selamat bercuti untuk rakan guru dan semua murid di seluruh Malaysia.. manfaatkan cuti dgn perkara berfaedah...



yahuuuuuuuuu

Sunday, May 27, 2012

Elemen 3_esei folio


Pelancaran kempen terbaru itu, selepas kali pertama diadakan pada 1998, menandakan komitmen serta kesungguhan kerajaan untuk menggalakkan rakyat mengutamakan barangan tempatan. Ia bertepatan dalam suasana ekonomi dunia yang tidak menentu dan diramal bertambah gawat dalam tempoh yanga akan datang ini.Usaha kerajaan mengadakan kempen ini dengan beberapa matlamat seperti  faktor kepentingan perusahaan tempatan , melindungi pengguna dan mengerakkan ekonomi negara ini melalui kuasa beli rakyat. Dengan membeli barangan tempatan, ia bukan saja menyekat aliran wang ke luar negara, tetapi lebih penting menggalakkan pembangunan industri atau perusahaan tempatan. tindakan ini merupakan suatu bentuk tindakan yang wajar  dan selari dengan aspirasi Negara Rakyat negara ini mempunyai banyak pilihan produk tempatan. Sebagai negara membangun, Malaysia sebenarnya telah banyak menghasil dan mengeluarkan pelbagai barangan serta produk sendiri. Pendek kata negara ini sudah mampu berdikari dalam usaha memenuhi keperluan dan kehendak masyarakatnya. kita tidak lagi perlu mengagungkan barangan luar. Sebabnya, barangan keluaran tempatan kini sudah setanding dengan produk luar dari segi kualitinya, malahan sesetengah produk keluaran negara kita dijamin lebih baik lagi. Dalam nada yang sama semangat cinta akan negara  mampu menjadi benteng utuh dalam menggerakkan minda rakyat di negara ini bagi kepentingan bersama . Lantas ia mampu melahirkan suatu rupa bentuk masyarakat yang bersatu padu

Sebut saja jenis produk, Malaysia mempunyai segala-galanya. Misalnya kereta, kita telah merintis lebih awal industri automotif, malahan kenderaan keluaran negara kita telah banyak yang menembusi pasaran luar negara.Barangan elektronik seperti televisyen, peti sejuk, penghawa dingin dan kipas juga semakin banyak jenama buatan Malaysia membanjiri pasaran.Ini tidak termasuk barangan berasaskan kain seperti pakaian, pelbagai jenis produk telah dihasilkan oleh pengusaha untuk menandingi produk luar negara.Kita seharunya berasa bangga sejarah Negara yang pernah menghasilkan produk tempatan di persada antarabangsa dan bersyukur menjadi rakyat negara ini.


Yang penting sebenarnya ialah perubahan dari segi mentaliti dan sikap orang kita sendiri, untuk beralih kepada barangan tempatan.Selagi sikap dan mentaliti tidak diubah dan kita terus mengagungkan barangan luar, maka selagi itulah kita tidak dapat mengembangkan produk tempatan negara ini. Tuntasnya rakyat negara ini wajar berada pada pihak peka kepada masalah dan isu yang berkaitan dengan negara.