PERISTIWA BERSEJARAH SEKITAR BULAN FEBRUARI
1. Penggubalan Rang Undang-Undang Perlembagaan
Pada bulan Februari 1957, Rang Undang-Undang Perlembagaan yang pertama diumumkan tetapi ia telah mendapat banyak tentangan.
Pada bulan Februari 1957, Rang Undang-Undang Perlembagaan yang pertama diumumkan tetapi ia telah mendapat banyak tentangan.
Justeru satu lagi jawatankuasa yang terdiri daripada 11 orang ahli,
iaitu 4 orang wakil Raja-raja Melayu, 4 orang wakil Kerajaan Perikatan,
Pesuruhanjaya Tinggi British, Ketua Setiausaha dan Peguan Negara telah dibentuk
untuk mengkaji semula perlembagaan tersebut.
2. Pertandingan
Mencipta Lagu Rasmi Negara
Pada
Bulan Februari 1957, satu pertandingan mencipta lagu rasmi telah diadakan. Namun empat lagu akhir telah disenarai pendek
telah ditolak oleh Jawatankuasa Khas Pemilihan Lagu Kebangsaan (JKPLK) yang
diketuai sendiri oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Tunku
Abdul Rahman Putra AL-Haj sebaliknya mengesyorkan lagu Negeri Perak sebagai
asas bagi mencipta Lagu Kebangsaan Negara Malaysia. Cadangan itu telah dipersetujui oleh ahli
JKPLK yang lain.
3. PEMBUKAAN RASMI PUSAT PENYIARAN MALAYSIA
"ANGKASAPURI"
(Tarikh
peristiwa: 17 Februari 1968)
Pusat Penyiaran Malaysia yang diberi nama
"Angkasapuri" dibuka dengan rasminya oleh Perdana Menteri Malaysia,
Tunku Abdul Rahman Putra. Komplek Penyiaran Angkasapuri ini di mana Kementerian
Penerangan dan Jabatan Televisyen ditempatkan adalah merupakan peringkat
pertama Projek Pusat Penyiaran Malaysia.
Bagaimanapun, Jabatan Televisyen yang ditempatkan
sementara di Jalan Ampang (sejak tahun 1963) hanya dipindahkan ke Angkasapuri
lebih kurang 2 tahun kemudian, iaitu pada 6hb November, 1969.
Peringkat kedua bagi projek Pusat Penyiaran ini hanya
selesai dilaksanakan dalam tahun 1972, apabila Bangunan Radio (Wisma Radio)
siap pembinaannya dan memulakan siarannya pada 9hb Mei, 1972 tepat pada jam
12.00 tengah malam.
4. Seruan “Hidup Melayu ditukar
kepada “Merdeka”
Pada
hari ini 4 Februari dalam tahun 1951 di Persidangan Setengah Tahun Majlis
Mesyuarat Perikatan Pemuda - UMNO yang diadakan di Sultan Sulaiman Club Kuala
Lumpur, satu syor diterima supaya seruan "Hidup Melayu" itu ditukar
kepada "Merdeka".
Seruan
"Hidup Melayu" itu digunakan oleh UMNO semenjak ia ditubuhkan dalam
tahun 1946 untuk memperkuatkan semangat orang-orang Melayu dalam menentang
penubuhan Malayan Union. Sungguhpun ada cadangan supaya syor itu ditambah
menjadi "Hidup Merdeka" tetapi cadangan ini tidak diterima oleh
Majlis itu.
Seruan
"Merdeka" ini didapati lebih sesuai kerana perjuangan UMNO pada masa
itu adalah untuk mendapatkan kemerdekaan bagi Persekutuan Tanah Melayu. Seruan "Merdeka"
ini digunakan oleh UMNO dalam perhimpunan-perhimpunan besar termasuklah
penggunaannya pada hari yang bersejarah iaitu 31 Ogos, 1957 di mana Ketua
Menteri Tunku Abdul Rahman Putra telah melaungkan seruan itu dalam
pengisytiharan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.