TEPAK
SIRIH
Tepak sirih merujuk kepada bekas yang diperbuat dari
logam bagi menyimpan bahan-bahan yang digunakan dalam penyediaan daun dari pokok
sirih untuk di makan. Masyarakat Melayu
membezakan antara tepak sirih berbentuk bujur sebagi puan dan yang
berbentuk empat segi bujur sebagi tepak. Terdapat juga tepak sirih
yang berbentuk bulat.
Antara
barangan yang terdapat dalam tepak sirih adalah:-
•
Daun sirih
yang menggambarkan sebagai sesuatu yang berharga, iaitu kehidupan yang harmoni
•
Kacip pinang
yang digunakan bagi megacip pinang
•
Gobek sirih
bagi menghancurkan sirih untuk mereka yang berusia dan tidak memiliki gigi bagi
menguyah.
•
Lima cembul
yang berisi bahan sirih yang diatur menurut aturan berikut:-
Cembul yang
berisi pinang yang melambangkan kejujuran, martabat dan maruah yang tinggi
serta keturunan yang baik-baik
Cembul yang
berisi kapur sebagai lambang hati yang tulus bersih tetapi boleh menjadi
agresif dan membinasakan
Cembul yang
berisi gambir yang kelat rasanya melambangkan kecekalan hati
Cembul yang
berisi tembakau yang rasanya pahit dan memabukkan melambangkan ketabahan dan kesediaan untuk berkorban
Cembul yang
berisi cengkih yang rasanya yang manis dan bau yang wangi melambangkan
kelembutan dan kehalusan adat budaya serta tutur kata.
Aturan
tersebut menurut tertib ketika mengapur sirih, yang dahulu didahulukan dan yang
kemudian dikemudiankan.
Daun-daun sirih yang disusun dalam tepak sirih
hendaklah dilipat bersisip antara satu sama lain dan disamakan tangkainya,
disusun sebanyak lima atau enam helai dalam satu baris.
Satu tepak sirih
selalunya mengandungi empat atau lima susun sirih tadi.
Sirih ini dilipat bagi
menyembunyikan tangkai sirih. Ini kerana ekor sirih tidak boleh dinampakkan
kerana pada anggapan mereka ini adalah satu keadaan yang kurang sopan dan tidak
menghormati tetamu.
Sirih Pinang di dalam puan
Untuk hidangan Putra perkasa
Selamat Jalan Duhai Pahlawan
Tabah Hati semangat waja