Welcome

Monday, February 10, 2014

Tepak Sirih

TEPAK SIRIH



        Tepak sirih merujuk kepada bekas yang diperbuat dari logam bagi menyimpan bahan-bahan yang digunakan dalam penyediaan daun dari pokok sirih untuk di makan. Masyarakat Melayu membezakan antara tepak sirih berbentuk bujur sebagi puan dan yang berbentuk empat segi bujur sebagi tepak.  Terdapat juga tepak sirih yang berbentuk bulat. 
        Malah dalam Hikayat Hang Tuah, Hang Tuah telah memberikan kepada Hang Jebat sepiak sirih di dalam tepak sirih kepunyaan Sultan Mahmud semasa berhenti rehat.

Antara barangan yang terdapat dalam tepak sirih adalah:-
   Daun sirih yang menggambarkan sebagai sesuatu yang berharga, iaitu kehidupan yang harmoni
    Kacip pinang yang digunakan bagi megacip pinang
   Gobek sirih bagi menghancurkan sirih untuk mereka yang berusia dan tidak memiliki gigi bagi menguyah.
    Lima cembul yang berisi bahan sirih yang diatur menurut aturan berikut:-
       Cembul yang berisi pinang yang melambangkan kejujuran, martabat dan maruah yang tinggi serta   keturunan yang baik-baik
                   Cembul yang berisi kapur sebagai lambang hati yang tulus bersih tetapi boleh menjadi agresif dan membinasakan
          Cembul yang berisi gambir yang kelat rasanya melambangkan kecekalan hati
          Cembul yang berisi tembakau yang rasanya pahit dan memabukkan melambangkan ketabahan dan kesediaan untuk berkorban
           Cembul yang berisi cengkih yang rasanya yang manis dan bau yang wangi melambangkan kelembutan dan kehalusan adat budaya serta tutur kata.

Aturan tersebut menurut tertib ketika mengapur sirih, yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan. 
Daun-daun sirih yang disusun dalam tepak sirih hendaklah dilipat bersisip antara satu sama lain dan disamakan tangkainya, disusun sebanyak lima atau enam helai dalam satu baris. 
Satu tepak sirih selalunya mengandungi empat atau lima susun sirih tadi. 
Sirih ini dilipat bagi menyembunyikan tangkai sirih. Ini kerana ekor sirih tidak boleh dinampakkan kerana pada anggapan mereka ini adalah satu keadaan yang kurang sopan dan tidak menghormati tetamu.

Sirih Pinang di dalam puan
Untuk hidangan Putra perkasa
Selamat Jalan Duhai Pahlawan
Tabah Hati semangat waja