Welcome

Monday, February 10, 2014

Pahar Tembaga @ Par

pahar tembaga
 


Antara peralatan yang digunakan untuk kelengkapan adat dan budaya ialah pahar iaitu sejenis dulang talam diperbuat daripada logam gangsa, perak atau berukir larik emas.  hampir seluruh istana Kerajaan Melayu Nusantara memiliki dan menggunakan pahar sebagai tempat hidangan makanan, di atasnya disusun piring, batil, kendi malah segala peralatan hiasan juga diletak di situ.

    Hingga kini pahar menjadi milik pusaka digunakan dalam banyak acara adat resam kita.  Misalnya pahar juga menjadi tempat menegakkan sirih junjung dan 'dijunjung' di atas kepala, dan diletakkan di kepala rombongan.

   Inila tanda dan saksi berbudaya

Laksamana berbaju besi
Masuk ke hutan melanda landa
Hidup berdiri dengan saksi
Adat berdiri dengan tanda

(Pantun dari Sekalung Budi Seuntai Bahasa, DBP 1994)